Sunday, July 13, 2014

#08

Aku minta untuk kuat.
Aku tak minta selamanya engkau
Aku sangat perlukan kuat.
Agar bila disiat, aku masih mampu fight
Senyum. Mendongak.
Ya.
Aku mahu kuat.

#07

Sampai bila?
Aku tak kuat.
Cuma esakan menderu.
Sampai bila?
Izinkan aku rehat. Jangan siat lagi.

#06

Bila sudah sebati dengan seperkara yang asalnya, baru untuk engkau.
Kau akan ambil masa untuk biasakan diri.
Dan akhirnya, sudah jadi sebahagian engkau.

Tapi, manusia berubah.
Bila sudah seronok gembira dengan si polan lain,
Kau mula ubah dengan apa yang sudah sebati.
Kau tidak akan rasa sekelumit sakit perit,
Sebab senang sekali kau mengganti dengan sebatian lain.

Aku?
Lepas perih yang aku lalu untuk dihadam agar jadi sebahagian dari aku
Kini, dipaksa pula dibuang jauhkan.
Untuk apa?
Selesa engkau.


Aku, longkang ditempatkan.

#05

Seorang aku ditinggal sunyikan
Kadangnya dibiar berkematu menunggu
Berkerak bedak di muka akibat basahnya entah apa

Seorang aku ditemu hanya pada bila perlu
Kadangnya tak terkira dek waktu
Senyum kelat walau di dada indah berbunga
Ahh. Tak siapa pun tahu.

Walau sedar diperolok mainkan
Tetap aku ada setia sentiasa
Tetap aku tepis kalis kikis yang buruknya
Agar baik sentiasa ada.
Walau kelam mana.
Aku yakin, akan sentiasa ada
Walau untuk seminit dua.

Saturday, July 12, 2014

#04

Setenangnya aku, tidak kau tau sesak bingung di dada
Sekuatnya aku, tidak siapa tau lemah rapuhnya jiwa
Aku masih utuh. Berdiri tegap, mendongak langit
Walau dalam utuh, ada getarnya.
Dalam tegap, ada hina lemahnya.
Tetap. Aku dongak.
Kerana,

Adanya Dia.

Thursday, July 10, 2014

#03

Apa kau tau,
saat masa engkau "dicuri" mereka,
dan dibiarkan aku seorang,
ada yang berikan sebongkah masa mereka
yang mana aku tak pinta sezarah pun?

Apa kau tau,
saat engkau lelah kepada aku,
dibiar aku sedu tanpa jawapan,
ada yang memacak segunung semangat,
agar aku tak rebah ke dalam engkau.

Apa kau tau?
Sekarang, aku bingung.

Aku tak tau,
Kenapa sekarang kau ada.
Kenapa sekarang kau setia.
Kenapa yang pendek ayatnya, dipanjang-lebarkan.
Kenapa yang dulunya diam, dibising-gemburkan.
Kenapa yang engkau utarakan buang, kau tambah-tambahkan.


Kenapa aku rasa, seperti semua ini
Satu penghinaan?



#02

Kadang dari malam ke siang kau diam.
Siang aku jaga, kau pula malam.
Malam aku lena, kau berhibur ketawa.

Mana masa yang kau janji dulu?
Tak. Bukan.
Mana engkau yang sentiasa ada dulu?
Yang paling takut, andainya aku hilang sama.
Yang paling takut, aku tak nampak engkau yang sentiasa ada.
Tapi sekarang?
Kau tolak semua. Umpama janji dulu itu, wujudnya tidak.
Terdetiknya apatah lagi?

Aku taktau. Sekarang, aku cuba.
Biasakan apa yang aku tak terbiasa.
Hadamkan apa yang payah ditelan.
Demi untuk selesa engkau, lamanya kita.



Aku taktau, sayang.
Aku cuma rindu. Rindukan kita yang dulu.